NIK NORHAZRINA
Senior Lecturer at the Department of Biological Sciences and Biotechnology, Faculty of Science and Technology, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia. Email: riena@ukm.edu.my

My full name is Nik Norhazrina binti Nik Mohd Kamil, and I was born in Kelantan, a state on Malaysia’s east coast. I attended a boarding school and a matriculation college before entering university.
I began my bryological studies during my final-year project for the Bachelor of Science with Honours (Biology), in which I conducted a floristic survey of mosses at the Mentigi Forest Reserve, Mossy Forest, Cameron Highlands, Pahang (1,545 m above sea level), recording 117 taxa. Later, I received a fellowship to undertake the Master of Science (Botany) by Research, with a project on mosses at Mount Korbu, Ulu Kinta, Ipoh, Perak (2,183 m above sea level, the 2nd-tallest mountain in Peninsular Malaysia). I have described and illustrated 143 moss taxa found. Two species from the genera Distichophyllum and Leucoloma could not be identified and are likely to be new species. I obtained my BSc and MSc from Universiti Kebangsaan Malaysia in 2008 and 2011, both of which were supervised by Dr. Ahmad Damanhuri. I was appointed as a lecturer at the same university in the same year (2011). In 2016, I was awarded the Doctor of Philosophy (Sciences) from the University of Liège, Belgium, under the supervision of Prof. Dr. Alain Vanderporteen with the molecular research project entitled “Spatial Heterogeneity in Tropical Biodiversity Patterns: Ecological and Evolutionary Processes in Pantropical Moss Genus Pelekium”. During my doctorate studies, I received funding from the European Commission Research Infrastructure Action via the Synthesys NL-TAF for a month in 2014 as a Synthesys Fellow at the Naturalis Biodiversity Center (NBC), National Herbarium of the Netherlands (NHN), and the Faculty of Science, Leiden University, which Dr Michael Stech hosted. During my stay, I conducted morphological analyses of the moss genus Pelekium by compiling morphometric data from digitised images of features such as the shapes of stem and branch leaves, paraphyllia, and sporangia.

I became interested in bryophytes after taking the Cryptogamic Botany course in year 2 of my BSc studies. At that time, the lecturer used an Overhead Projector (OHP) to teach, and I couldn’t really imagine what bryophytes looked like from black-and-white illustrations. During the lecture, I was fascinated by the information about the features and many uses of Sphagnum. Fieldwork was conducted at Mount Jasar in the Cameron Highlands, and the fieldwork report was one of the compulsory assessments for that course. Fortunately, during the fieldwork, we encountered the species as well as other highland bryophytes (mosses, liverworts and hornworts), and I was on cloud nine to see them with my naked eyes. There are indeed beautiful creatures in tiny forms. I was ecstatic when I found sporophytes, especially those with a calyptra. The reasons I decided to study bryophytes rather than another plant group are that our country, Malaysia, lacks bryologists, and I want to educate citizens, especially the younger generations, that bryophytes (lumut) are not algae (alga/rumpai laut) or lichens (liken/kulampair). This misinterpretation has persisted for generations, as older generations often applied the generic term “lumut” to attached, slimy, green growth that is not characteristic of bryophytes.

At UKM, I teach courses in biological sciences and botany, including Biological Diversity; Plant Systematics; Cryptogamic Botany; Principles of Taxonomy and Nomenclature; Taxonomic Data and Resource Management; Phylogeny; Diversity and Taxonomy of Cryptogams; Curatorial Science; and others. My research focuses on the diversity, floristics, taxonomy, systematics, molecular, ecology, and applications of tropical lower plants, especially bryophytes. Besides, I am involved in school STEM (science, technology, engineering, mathematics) programs as the head of the BioD-tectives team, using the Biodiversity Module, which has been copyrighted, and I have been invited to give talks at various schools (primary and secondary). This approach allows me to reach younger generations and clarify the misinformation about “lumut”.
I have also been appointed as an International Relations Coordinator, Curator of the UKMB Herbarium, Auditor, and Advisor to Kelab Rakan Taman UKM, as well as a research fellow at the Bukit Fraser Research Centre and the Bangi Botanical Garden. Besides, I serve as an Associate Editor for the Malaysian Journal of Microscopy, the Semarak International Journal of Agriculture, Forestry and Fisheries, and the Undergraduate Research Journal for Integrative Biology.
I was delighted when I produced another bryologist for my country, Malaysia, named Dr. Nur Syazwana binti Munzani in 2022, who is currently working as a senior lecturer at Universiti Malaysia Sabah. She completed her PhD on Fissidentaceae, and we published a book based on her thesis. Recently, we published a new species, Fissidens damanhurii, in honour of our BSc supervisor. I also published a book on Ectropothecium from my Master Students’ theses. Currently, I have a PhD student whose research focuses on tissue culture optimisation for taxonomy in members of the Thuidiaceae.
Links
UKM Sarjana: https://ukmsarjana.ukm.my/main/lihat_profil/SzAxOTAxMQ==
WoS: https://www.webofscience.com/wos/author/record/AID-8640-2022
Scopus: https://www.scopus.com/authid/detail.uri?authorId=57191109823
ORCID: https://orcid.org/0000-0001-9068-819
Researchgate: https://www.researchgate.net/profile/Nik-Norhazrina
Google Scholar: https://scholar.google.com/citations?user=ugEgN7YAAAAJ&hl=en
LinkedIn: https://www.linkedin.com/in/niknorhazrina/
Versi Bahasa Melayu
Pensyarah Kanan di Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia.
Emel: riena@ukm.edu.my
Nama penuh saya ialah Nik Norhazrina binti Nik Mohd Kamil, dan saya dilahirkan di Kelantan iaitu sebuat negeri yang terletak di pantai timur Malaysia. Saya telah menamatkan pengajian di sekolah berasrama penuh dan kolej matrikulasi sebelum melanjutkan pelajaran ke universiti.
Perjalanan bidang briologi saya bermula sejak saya menjalankan projek tahun akhir bagi memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Biologi), yang mana saya telah menjalankan kajian floristik lumut jati di Hutan Simpan Mentigi, Mossy Forest, Cameron Highlands, Pahang (1,545 m atas paras laut) dan merekodkan 117 takson. Kemudian, saya telah ditawarkan biasiswa (zamalah) bagi mengikuti Ijazah Sarjana Sains (Botani) secara Penyelidkan, bagi projek lumut jati di Gunung Korbu, Ulu Kinta, ipoh, Perak (2,183 m atas paras laut, gunung ke-2 tertinggi di Semenanjung Malaysia). Saya telah menyediakan huraian dan ilustrasi bagi 143 takson lumut jati yang telah ditermui. Dua spesies daripada genus Distichophyllum dan Leucoloma tidak dapat dikenal pasti dan berkemungkinan Adalah spesies baharu bagi sains. Saya telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains dan Sarjana Sains dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2008 dan 2011, yang mana kedua-duanya telah diselia oleh Dr. Ahmad Damanhuri. Saya telah dilantik sebagai pensyarah di universiti dan pada tahun yang sama (2011). Pada tahun 2016, saya telah dianugerahkan Doktor Falsafah (Sains) dari Universiti Liège, Belgium di bawah seliaan Prof. Dr. Alain Vanderpoorten dengan projek penyelidikan molekul bertajuk “Keheterogenan Ruang dalam Pola Biodiversiti Tropika: Proses Ekologi dan Evolusi bagi Genus Lumut Pantropika, Pelekium”. Semasa pengajian, saya telah menerima dana daripada Tindakan Infrastruktur Penyelidikan Suruhanjaya Eropah melalui Synthesys NL-TAF selama sebulan pada tahun 2014 sebagai Felo Penyelidik Synthesys di Pusat Biodiversiti Naturalis (NBC), Herbarium Kebangsaan Belanda (NHN) dan Fakulti Sains, Universiti Leiden, yang dihos oleh Dr. Michael Stech. Semasa di sana, saya telah menajalankan analisis morfologi genus lumut Pelekium dengan mengumpulkan data morfometrik daripada imej digital bagi ciri-ciri seperti bentuk daun batang dan dahan, parafilium dan sporangium.
Saya mula berminat untuk mendalami ilmu tentang lumut semasa mengikuti kursus Botani Kriptogam pada tahun 2 pengajian Ijazah Sarjana Muda. Pada ketika itu, pensyarah yang mengajar menggunakan Projektor Atas Kepala (OHP) dan saya tidak dapat membayangkan bagaimana rupa bentuk lumut berdasarkan ilustrasi hitam-putih. Semasa kuliah, saya terpesona dengan maklumat tentang ciri-ciri dan kegunaan Sphagnum yang banyak. Kerja lapangan telah dijalankan di Gunung Jasar, Cameron Highlands dan laporan bagi kerja lapangan tersebut merupakan salah satu penilaian wajib bagi kursus tersebut. Kami bernasib baik kerana semasa kerja lapangan itu, kami telah menemui spesies tersebut dan juga lumut tanah tinggi yang lain (lumut jati, lumut hati dan lumut tanduk), saya sangat teruja dapat melihatnya dengan mata saya sendiri. Sesungguhnya, lumut adalah tumbuhan yang sangat cantik dengan saiz yang kecil. Saya juga sangat gembira apabila menemui sporofit, terutamanya yang masih mempunyai kaliptra. Tujuan utama saya membuat Keputusan untuk mengkaji lumut dan bukannya kumpulan tumbuhan yang lain adalah kerana negara saya, Malaysia, masih kekurangan ahli briologi dan saya ingin mendidik masyarakat terutamanya generasi muda bahawa lumut bukanlah alga/rumpai laut atau liken/kulampair. Salah tanggapan ini berterusan sejak sekian lama disebabkan oleh masyarakat dahulu kala yang sering menggunakan istilah “lumut” bagi apa-apa struktur kehijauan yang melekat dan berlendir, yang mana itu bukanlah ciri lumut kerana lumut tidak berlendir.
Di UKM, saya mengajar kursus sains biologi dan botani, termasuk Kepelbagaian Biologi, Sistematik Tumbuhan, Botani Kriptogam, Prinsip Taksonomi dan Tatanama, Pengurusan Data dan Sumber Taksonomi, Filogeni, Kepelbagaian dan Taksonomi Kriptogam, Sains Kurasi dan lain-lain lagi. Penyelidikan saya bertumpu kepada kepelbagaian, floristik, taksonomi, sistematik, molekul, ekologi dan aplikasi tumbuhan rendah tropika, terutamanya lumut. Selain itu, saya turut terlibat dalam program STEM sekolah sebagai ketua pasukan BioD-tektif, menggunakan Modul Biodiversiti yang telah dilindungi hak cipta dan saya telah dijemput bagi memberikan ceramah di pelbagai sekolah (rendah dan menengah). Pendekatan ini membolehkan saya menjangkau generasi muda dan menjelaskan tentang maklumat yang salah tentang lumut. Saya juga telah dilantik sebagai Penyelaras Hubungan Antarabangsa, Kurator Herbarium UKMB, Juruaudit dan Penasihat Kelab Rakan Taman UKM, serta merupakan Felo Penyelidik di Pusat Penyelidikan Bukit Fraser dan Taman Botani Bangi. Selain itu, saya merupakan Editor Bersekutu bagi Malaysia Journal of Microscopy, Semarak International Journal of Agriculture, Forestry and Fisheries serta Undergraduate Research Journal for Integrative Biology.
Saya gembira apabila saya melahirkan seorang lagi ahli briologi untuk negara saya, Malaysia, iaitu Dr. Nur Syazwana binti Munzani pada tahun 2022, yang kini bekerja sebagai pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sabah. Beliau telah menamatkan pengajian PhD berkenaan Fissidentaceae, dan kami menerbitkan sebuah buku berdasarkan tesisnya. Baru-baru ini, kami menerbitkan spesies baharu iaitu Fissidens damanhurii, sebagai penghormatan kepada penyelia Ijazah Sarjana Muda kami. Saya juga berjaya menerbitkan sebuah buku tentang Ectropothecium daripada dua tesis pelajar Sarjana saya. Kini, saya mempunyai seorang pelajar PhD dan kajian beliau memfokuskan kepada taksonomi dan pengoptimuman kultur tisu bagi ahli-ahli Thuidiaceae.